Perasmian Surau AsSakiinah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali (Pengarah Jawi) pada 17 Ramadhan 1433 Hijrah bersamaan 5 Ogos 2012 (Ahad). Majlis yang penuh kesederhanaan ini turut diserikan oleh ceramah khas sempena Nuzul Al-Quran oleh Ustaz Mohd Fauzi Bin Mustafa (moderator Program Al-Kuliyyah TV3 dan Duta produk Jus Tok Guru).
Majlis yang bermula pada jam 5 petang ini dimulakan dengan ketibaan Tuan Pengarah Jawi dan diikuti oleh Ceramah Nuzul Al-Quran. Ia disusuli dengan berbuka puasa, solat Marghrib dan jamuan makan di Dewan Serbaguna Apartment Zamrud. Majlis berakhir seusai jamuan moreh selepas Tarawih pada malam itu.
Tuan Pengarah JAWI menyeru umat Islam di apartment ini menjadikan Surau As-Sakiinah sebagai medium memantapkan perpaduan dan ukhwah serta sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian dengan segera jika terdapat bibit-bibit perpecahan.
Ayuh! Imarahkan Surau As-Sakiinah