Thursday, 15 November 2012
Monday, 6 August 2012
Perasmian Surau As-Sakiinah
Alhamdulillah!
Perasmian Surau AsSakiinah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali (Pengarah Jawi) pada 17 Ramadhan 1433 Hijrah bersamaan 5 Ogos 2012 (Ahad). Majlis yang penuh kesederhanaan ini turut diserikan oleh ceramah khas sempena Nuzul Al-Quran oleh Ustaz Mohd Fauzi Bin Mustafa (moderator Program Al-Kuliyyah TV3 dan Duta produk Jus Tok Guru).
Majlis yang bermula pada jam 5 petang ini dimulakan dengan ketibaan Tuan Pengarah Jawi dan diikuti oleh Ceramah Nuzul Al-Quran. Ia disusuli dengan berbuka puasa, solat Marghrib dan jamuan makan di Dewan Serbaguna Apartment Zamrud. Majlis berakhir seusai jamuan moreh selepas Tarawih pada malam itu.
Tuan Pengarah JAWI menyeru umat Islam di apartment ini menjadikan Surau As-Sakiinah sebagai medium memantapkan perpaduan dan ukhwah serta sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian dengan segera jika terdapat bibit-bibit perpecahan.
Ayuh! Imarahkan Surau As-Sakiinah
Monday, 30 July 2012
Notis Mesyuarat As-Sakiinah (Rabu, 1 Ogos 2012)
Mesyuarat MAJLIS PERASMIAN SURAU AS-SAKIINAH akan diadakan pada hari Rabu, 1 Ogos
2012 selepas solat sunat Tarawikh & Witr. Pohon kepada semua untuk hadir dan
tidak diuzurkan
Wednesday, 25 July 2012
Lawatan YB Dato’ Raja Nong Chik Bin Dato’ Raja Zainal Abidin
Lawatan YB Dato’ Raja Nong Chik Bin Dato’ Raja Zainal Abidin (Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar) ke Surau As-Sakiinah pada 5 Ramadhan 1433 (22 Julai 2012)
Notis Mesyuarat As-Sakiinah (Khamis, 26 Julai 2012)
Mesyuarat MAJLIS PERASMIAN SURAU AS-SAKIINAH akan diadakan pada hari Khamis, 26 JULAI 2012 selepas solat sunat Tarawikh. Pohon kepada semua untuk hadir dan tidak diuzurkan
Thursday, 5 July 2012
Notis Mesyuarat & Gotong Royong Surau As-Sakiinah
Mesyuarat MAJLIS PERASMIAN SURAU AS-SAKIINAH seterusnya iaitu (MESY. MPSAS BIL 4/2012) beserta Gotong Royong bagi menyambut bulan Ramadan akan diadakan pada hari SABTU, 14 JULAI 2012 jam 10 pagi. Pohon kepada semua untuk hadir dan tidak diuzurkan.
Inilah sahaja lambang kebesaran kita sebagai umat Islam di Apartment Zamrud untuk kita berkumpul dan bertemu setiap hari. Oleh itu marilah kita bersama-sama berdoa, bersungguh-sungguh bergerak/gotong-royong menjadikan majlis ini sebagai satu majlis yang mendapat hidayah dan keredhaan Allah swt. lebih-lebih lagi bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi
Album As-Sakiinah - Lawatan YB Dato’ Raja Nong Chik Bin Dato’ Raja Zainal Abidin
YB Dato’ Raja Nong Chik Bin Dato’ Raja Zainal Abidin (Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar) ke Surau As-Sakiinah pada bulan Ramadhan 1432 (16 August 2011)
Subscribe to:
Posts (Atom)